Setiausaha Politik Dr Maszlee nafi terima kereta mewah

Mahmood Kassim (tengah) membuat laporan polis hari ini berhubung tuduhan menerima sebuah kereta jenis Toyota Velfire daripada kontraktor seperti dilaporkan sebuah blog. Foto: FB Mahmood Kassim
Mahmood Kassim (tengah) membuat laporan polis hari ini berhubung tuduhan menerima sebuah kereta jenis Toyota Velfire daripada kontraktor seperti dilaporkan sebuah blog. Foto: FB Mahmood Kassim
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim membuat laporan polis hari ini berhubung tuduhan menerima sebuah kereta jenis Toyota Velfire daripada kontraktor seperti dilaporkan sebuah blog.

Mahmood membuat laporan polis itu berhubung laporan yang disifatnya sebagai fitnah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.

Katanya, beliau turut mengemukakan beberapa dokumen bukti pembelian kereta terbabit ketika membuat laporan tersebut.

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung laporan blog itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: