Gabungan UMT-UniSZA dijamin tiada pekerja diberhentikan

Siti Hamisah (depan, dua dari kiri) bersama Nor Aieni (kiri), Halim (tengah), Pengerusi UniSZA, Muhammad Nur (dua dari kanan) dan Hassan Basri Awang selepas sidang akhbar Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di Kuala Terengganu hari ini.
Siti Hamisah (depan, dua dari kiri) bersama Nor Aieni (kiri), Halim (tengah), Pengerusi UniSZA, Muhammad Nur (dua dari kanan) dan Hassan Basri Awang selepas sidang akhbar Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Jabatan Pendidikan Tinggi memberi jaminan tiada kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang akan kehilangan pekerjaan selepas penggabungan dua universiti itu termasuklah kakitangan berstatus kontrak.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, kesan penggabungan mungkin menyebabkan pengecilan bilangan fakulti dan jabatan tertentu tetapi tiada proses membuang pekerja.

“Kita ada lebih 900 kakitangan akademik di UniSZA dan lebih 600 di UMT. Jumlah keseluruhan termasuk kakitangan bukan akademik ialah lebih 3,000 orang.

"Penggabungan UMT dan UniSZA tidak akan menjejaskan mana-mana pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi UMT, Tan Sri Dr Halim Mohamad; Pengerusi UniSZA, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty; Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Nor Aieni Mokhtar dan Naib Canselor UniSZA, Datuk Prof Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Siti Hamisah berkata, kedua-dua universiti bersetuju menggunakan peluang penggabungan untuk memperkasakan kebitaraan bidang fokus kedua-dua universiti, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memberi lebih nilai tambah kepada mahasiswa, fakulti serta komuniti setempat.

Jelasnya, universiti baharu akan diwujudkan melalui konsep penggabungan sepenuhnya UMT dan UniSZA itu memfokuskan empat bidang tujahan utama iaitu kelautan, pendidikan Islam dan sains, perubatan serta pengurusan perniagaan dan undang-undang.

“Penggabungan itu tidak menghilangkan sebarang bidang tujahan dua universiti itu yang mana fakulti yang mempunyai jajaran sama akan digabungkan manakala yang tidak sama dikekalkan,” katanya.Sementara itu, Siti Hamisah berkata, penubuhan universiti baharu hasil penggabungan UMT dan UniSZA akan menggunakan kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa selain rujukan model universiti gabungan di luar negara.

“Kita melakukan rujukan model gabungan universiti di negara luar tetapi kita mempunyai kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa dan pensyarah yang mampu merangka model universiti baharu itu nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: