Kes Adib: Pas gesa tubuh pasukan khas

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa pihak polis menubuhkan pasukan khas dan membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak polis juga perlu menerima keputusan dibuat Mahkamah Koroner sebagai keterangan prima facie.

Beliau berkata, Pas yakin polis dengan bantuan semua pihak yang mahukan keadilan ditegakkan terutama melibatkan penjawat awam yang mati semasa dalam tugas mampu menangkap dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Pas berpuas hati dengan keputusan (verdict) Inkues Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang telah dibuat oleh Koroner Rofiah Mohamad hari ini iaitu; ‘kecederaan dan kematian Allahyarham adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut menggesa prosiding menghina mahkamah terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas diteruskan dengan tanpa gangguan bagi memperlihatkan keadilan ditegakkan tanpa gentar atau memihak.

“Tindakan ini perlu bagi meningkatkan keyakinan rakyat jelata terhadap Jabatan Peguam Negara khasnya dalam menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!