Dua budak mati dibelasah kerana buang air besar

Kerajaan India telah membina lebih 100 juta tandas terutamanya di kawasan luar bandar. -Foto AFP
Kerajaan India telah membina lebih 100 juta tandas terutamanya di kawasan luar bandar. -Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Dua kanak-kanak di India dipukul hingga mati kerana membuang air besar di tempat terbuka kelmarin.

Ketika kejadian dua budak malang dari komuniti Dalit, kasta sosial paling rendah di negara itu sedang dalam perjalanan ke rumah datuk mereka di daerah Shivpuri Madhya Pradesh.

Jurucakap polis, Raja Babu Singh memberitahu insiden berlaku pada awal pagi ketika mereka berhenti untuk membuang air besar sebelum diserang dan dibelasah secara tiba-tiba.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami," jelasnya.

Susulan daripada itu dua lelaki dipercayai adik beradik dengan salah seorang mengalami masalah mental telah ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan Perdana Perdana Narendra Modi bakal menamakan India sebagai negara bebas daripada pembuangan air besar sempena ulang tahun kelahiran pahlawan kemerdekaan Mahatma Gandhi ke-150 yang turut berkempen bagi menjadikan sanitasi di negara itu lebih baik.

Modi telah membina lebih 100 juta tandas terutamanya di kawasan luar bandar. - AFP

Artikel Berkaitan: