Pahang warta 258,952 hektar hutan sebagai kawasan tadahan air

Fakta keluasan negeri Pahang yang dikongsi melelui Facebook Wan Rosdy Wan Ismail.
Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
Fakta keluasan negeri Pahang yang dikongsi melelui Facebook Wan Rosdy Wan Ismail. Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Pahang mewartakan 258,952 hektar daripada keseluruhan keluasan tanah berhutan di negeri ini sebagai kawasan tadahan air.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keluasan tanah berhutan di Pahang kira-kira 2.057 juta hektar atau 57.2 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri seluas kira-kira 3.6 juta hektar.

Menurutnya, jika dibandingkan keluasan yang diwartakan untuk kawasan tadahan hujan, ia menyamai dua kali ganda keluasan Pulau Pinang.

“Bagi keluasan tanah berhutan pula, ia bersamaan dengan gabungan negeri Perak yang luasnya 2.1 juta hektar.

“Sebagai negeri terbesar di semenanjung Malaysia, keluasan Pahang bersamaan gabungan antara tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor," katanya menerusi Facebook rasminya Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Keluasan negeri Pahang merangkumi 11 daerah dengan Jerantut sebagai daerah paling luas, diikuti Rompin dan Lipis.

Berdasarkan fakta yang dikongsikan, Pahang menjadi penyumbang terbesar antara negeri di Semenanjung Malaysia kepada kehijauan berdasarkan keluasan tanahnya yang masih berhutan.

Artikel Berkaitan: