3.4 juta pekerjaan dalam sektor pelancongan

Muhammad Bakhtiar (kanan) dan Sh Mohmed Puzi (kiri) menandatangani plak sempena kerjasama dalam kempen VM2020 di sini hari ini.
Muhammad Bakhtiar (kanan) dan Sh Mohmed Puzi (kiri) menandatangani plak sempena kerjasama dalam kempen VM2020 di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 3.4 juta pekerjaan diwujudkan dalam industri pelancongan negara sepanjang 2018 membabitkan pengusaha inap desa, operator pelancongan dan pekerjaan berkaitan sektor itu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, berdasarkan jumlah itu sektor pelancongan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Menurutnya, malah ia secara tidak langsung mampu menjana pendapatan kepada operator produk pelancongan di Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

"Sektor ini (pelancongan) menjadi pilihan rakyat dan sudah pasti peluang pekerjaan sedia ada boleh direbut oleh rakyat tempatan dan kita di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin ia dapat membantu menjayakan VM2020 yang dilancarkan Julai lalu.

Muhammad Bakhtiar (depan, dua dari kanan) bersama persatuan dan NGO yang terlibat dalam penganjuran program mempromosikan Pahang pada VM2020 di sini hari ini.
Muhammad Bakhtiar (depan, dua dari kanan) bersama persatuan dan NGO yang terlibat dalam penganjuran program mempromosikan Pahang pada VM2020 di sini hari ini.

"Kini kita juga dapat lihat peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan mewakili 23.4 peratus daripada keseluruhan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia," katanya pada sidang media majlis pelancaran Kempen VM2020 peringkat Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali; Pengarah Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokthar dan Pengarah Pejabat Pelancongan, Seni dan Budaya Pahang, Datuk Idros Yahya.

Muhammad Bakhtiar berkata, melihat peratus permintaan kerja semakin meningkat ia pasti menjadi antara penyumbang terbesar kepada sektor yang menyediakan paling banyak peluang kepada penduduk di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya dengan pelancaran VM2020 dan pelancaran bagi peringkat Pahang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja terutamanya dalam sektor pelancongan.

"Jadi kita jangkakan akan berlaku penambahan pekerja dalam sektor ini menjelang 2020," katanya.