Sejarah perkhidmatan veterinar sempena sambutan ulang tahun ke-125

No Image Caption
A
A
A

JABATAN Veterinar telah wujud di Pulau Pinang seawal tahun 1888 dengan penempatan Dok-tor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatannya.

Pada masa itu, tugas utama Doktor Veterinar ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah.

Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan pewujudan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar.

Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Peg-awai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga tahun 1930.

Kawal wabak epidemik

Pada masa itu, tugas utama pegawai yang dilantik ialah mengawal wabak penyakit haiwan (epidemik).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Di samping itu, satu unit Veterinary Police Force ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri.

Unit itu ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi mata-mata untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan.

Bagaimanapun, unit berkenaan kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan atendan haiwan.

Pada 1930, Perkhidmatan Veterinar dipisahkan dari Jabatan Perubatan dan pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kemudian Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka.

Pada 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai Jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2.

Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.

Peranan, fungsi jabatan diperluas

Pada 16 November 1957, Allahyarham Tan Sri Johari Daud dilantik menjadi anak watan pertama menerajui jabatan selepas kemerdekaan negara.

No Image Caption

Peranan dan fungsi jabatan diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia ialah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia, manakala Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri ditadbir di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Sehinggalah pada 2008, Jabatan Perkhidmatan Malaysia telah diterajui sembilan ketua pengarah.

Bangunan ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia terletak di Singapura sebelum berpindah ke Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Ibu pejabat kemudiannya dipindahkan pula ke Bangunan Chase Perdana, Jalan Semantan Off Bukit Damansara sebelum akhirnya pada Mei 2005, berpindah ke bangunan sendiri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Blok Podium Lot 4G1 dan 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga hari ini.

Akhirnya, sebagai satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab ke atas pengawalan penyakit, kebajikan haiwan dan industri penternakan di negara ini, maka perluasan skop tanggungjawab serta peranan jabatan bagi memenuhi aspirasi sejagat telah membawa kepada penjenamaan semula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia.

Tanggal 24 Mei 2008 merupakan tarikh bersejarah buat warga jabatan khususnya dan organisasi Jabatan Perkhidmatan Haiwan umumnya apabila namanya ditukarkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed dengan penuh bersejarah.

Kini DVS lebih matang dan berkeyakinan, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Jabatan serta Agensi Kementerian yang lain.

No Image Caption