Tindakan ketenteraan bukan cara tamatkan krisis di Teluk Parsi-Rusia

Sergey
Sergey
A
A
A

NEW YORK - Peningkatan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah tidak akan menyelesaikan ketegangan di Teluk Parsi, terutamanya serangan terbaru terhadap fasiliti minyak Arab Saudi, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Vershinin.

"Kami tidak fikir isu seperti itu dapat diselesaikan dengan peningkatan kehadiran tentera. Dalam apa perkara seperti ini tidak dapat diselesaikan melalui langkah ketenteraan," tegas Vershinin lapor agensi berita Sputnik.

Awal bulan ini, dua kilang Saudi Aramco di Abqaiq dan Khurais telah diserang dengan dron.

Akibat serangan itu fasiliti berkenaan mengalami kerosakan, sekali gus menyebabkan pengeluaran sekitar 5.7 juta tong minyak mentah iaitu kira-kira separuh daripada pengeluaran harian Arab Saudi terjejas.

Pemberontak Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan dron itu.

Washington dan beberapa negara Eropah menuduh Iran punca kepada serangan itu, namun Tehran menafikan pihaknya terlibat.- Bernama

Artikel Berkaitan: