Luna si bayi 'Batman'

Ibu bapa Luna memakai topeng Batman sebagai tanda solidariti untuk anak mereka.
Ibu bapa Luna memakai topeng Batman sebagai tanda solidariti untuk anak mereka.
A
A
A

FLORIDA - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan di Amerika Syarikat (AS) dilahirkan dengan tompokan gelap besar di wajah yang menyebabkannya seolah-olah memakai topeng adiwira Batman.

Keadaan dialami Luna disebut Congenital Melanotic Nevus.

Ibunya, Carol, 35, berkata, seorang pakar bedah dari Rusia ada menawarkan untuk melakukan rawatan perintis yang tidak terdapat di AS.

"Mereka mempunyai teknologi di Rusia. Jika di AS, masa yang diambil untuk merawat Luna adalah empat tahun tetapi di Rusia hanya mengambil masa 18 bulan.

"Ramai orang menyangka saya gila kerana pergi ke Rusia tetapi saya telah jalankan banyak penyelidikan dan mendapat nasihat daripada beberapa doktor. Bagi saya, ini adalah pilihan terbaik untuk anak saya buat masa ini," katanya.

Luna dilahirkan dengan penyakit kulit yang membuatkannya kelihatan seperti memakai topeng Batman.
Luna dilahirkan dengan penyakit kulit yang membuatkannya kelihatan seperti memakai topeng Batman.

Jika semua ujian berjalan lancar, Luna akan menerima enam hingga lapan pembedahan sepanjang 18 bulan dengan setiap prosedur bernilai antara AS$25,000 (RM104,600).

Sementara itu, menurut Carol, pakar bedah di Boston memberitahu, Luna perlu menjalani 100 sesi rawatan laser bagi mengubati penyakitnya tetapi Carol kurang bersetuju kerana mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain.

Artikel Berkaitan:

"Pakar bedah lain di New York, Chicago dan Florida beritahu rawatan laser bukan pilihan terbaik untuk Luna.

"Mereka semua mempunyai pendapat berlainan tentang apa dan bila rawatan perlu dilakukan," katanya.

Difahamkan, doktor mengambil masa enam hari untuk mendiagnosis keadaan Luna selepas dia dilahirkan pada Mac lalu.

Mengulas mengenai penyakit anaknya, Carol memberitahu, imbasan terakhir kandungannya tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

"Ketika dia lahir semua orang di dalam bilik itu terkejut," katanya turut menambah imbasan MRI tidak mengesan kanser, namun doktor memberi amaran keadaan dialami Luna boleh berubah pada masa akan datang.

Di sebalik penyakit yang dihidapi, Luna sama seperti bayi lain yang gemar ketawa, melompat dan tidak selalu menangis. - Agensi