Inkues Adib: Wanita UMNO dukacita dengan Peguam Negara

Noraini Ahmad -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Noraini Ahmad -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam menegakkan keadilan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya juga terperanjat dengan hujah kehakiman, Hakim Koroner Shah Alam berkenaan inkues kematian Adib.

"Jelas terbukti bahawa Peguam Negara dilihat menggunakan kuasa dan pangkat untuk mempengaruhi keputusan penghakiman terhadap inkues kematian tersebut.

"Hakim juga mendapati Tommy telah bertindak menghina mahkamah apabila membuat satu kenyataan yang berunsur 'scandalous'. Semalam, Mahkamah Koroner Shah Alam telah membenarkan agar prosiding komital ke atas Peguam Negara dimulakan.

"Ini jelas, tindakan Tommy merupakan satu tindakan yang telah mencemarkan nama baik sistem perundangan negara memandangkan kenyataan sedemikian telah dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Peguam Negara," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tambah Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Wanita UMNO sentiasa berharap agar Allahyarham Muhammad Adib akan mendapat pembelaan yang saksama dan berintegriti agar pengorbanan beliau tidak dipersiakan.

Artikel Berkaitan: