Industri seni lukis tempatan perlu sokongan: Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Pameran Harumanis, Dr Ruzaika Omar Basaree (dua, kanan) pada majlis perasmian pameran tersebut. -Foto Bernama
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Pameran Harumanis, Dr Ruzaika Omar Basaree (dua, kanan) pada majlis perasmian pameran tersebut. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor kerajaan dan swasta perlu memberi sokongan dan galakan kepada industri seni lukis negara supaya pelukis tempatan dapat mempertingkatkan lagi hasil karya kreatif mereka ke peringkat yang lebih tinggi, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah beberapa inisiatif boleh dilakukan dalam aspek kebajikan agar kelangsungan karier seni mereka tidak terhenti dalam menghasilkan karya-karya besar dan hebat.

"Pelukis muda memerlukan ruang kerja atau studio sebagai keperluan utama mereka, oleh itu sokongan pihak korporat, kilang, gudang, pusat membeli-belah, kedai, pejabat, rumah, bangunan, atau kuarters kerajaan yang ditinggalkan dan tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai ruang pelukis,” titah baginda ketika merasmikan Pameran Harumanis di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), di sini hari ini.

Pameran Harumanis yang berlangsung dari 1 hingga 30 September diadakan sempena dengan sambutan ke-25 tahun Aswara tahun ini, menonjolkan 32 karya dari pensyarah Fakulti Rekaan Komunikasi Visual Aswara yang juga merupakan penggiat seni visual yang aktif.

Sebanyak 15 karya dari pameran itu dihadiahkan untuk koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi; Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara, Datuk Rashidi Hasbullah dan Rektor Aswara, Prof Madya Sahar Sa'di Hashim. - Bernama

Artikel Berkaitan: