Kes Adib: Tommy digesa lepas jawatan Peguam Negara

Muhammad Adib, Tommy Thomas
Muhammad Adib, Tommy Thomas
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan selari dengan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat yang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melepaskan jawatan kerana didakwa bertindak subjudis dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan subjudis tersebut didakwa dilakukan semasa inkues sedang berlangsung.

"Kami semua bersependapat dengan Datuk Dr Asyraf Wajdi bahawa Tommy Thomas tidak lagi layak sebagai Peguam Negara kerana tidak menghormati prinsip 'rule of law' apabila beliau bertindak secara pilih kasih menggugurkan kes-kes melibatkan 'banglo rasuah' Lim Guan Eng dan isyarat lucah Siti Kasim.

"Ternyata Tommy Thomas gagal memberi teladan baik kepada masyarakat sepanjang memegang jawatan Peguam Negara yang tentunya menjejaskan keyakinan rakyat kepada perjalanan pentadbiran kerajaan persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menamatkan jawatan Thomas sebagai Peguam Negara.

Beliau berkata, tindakan tersebut adalah selaras dengan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada baginda untuk melantik dan menamatkan jawatan Peguam Negara selama diperkenankan.

"Kegagalan Tommy Thomas memberi nasihat yang tepat dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja berkenaan impak peri bahayanya statut rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan menguatkan lagi bahawa alasan untuk menamatkan perkhidmatan peguam negara ini sangat tepat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Hina mahkamah: Peguam Negara didesak letak jawatan

Artikel Berkaitan: