Bomba selamatkan 'Kumo' tersangkut di tingkat 10

 -Foto Bomba Kuala Terengganu
-Foto Bomba Kuala Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu berjaya menyelamatkan seekor kucing betina yang tersangkut di balkoni tingkat 10 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11 pagi mengambil masa 20 minit untuk menyelamatkan kucing jenis bengal/Rusia itu.

"Pemiliknya, Mohd Sufian Busu, 34, memaklumkan kucingnya yang dipanggil 'Kumo' disedari hilang sejak jam 10 pagi lagi sebelum ternampak tersangkut di balkoni rumahnya di tingkat 10.

"Dia cuba untuk menyelamatkan haiwan peliharaan berusia setahun itu tetapi gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi pihak bomba," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Rozizah berkata, seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan usaha menyelamatkan kucing itu.

"Dalam tempoh 20 minit kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan semula kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi.

"Kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan cuma didapati dalam keadaan sedikit trauma kerana mungkin gayat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba bertugas sedang berusaha membawa 'Kumo' turun selepas tersangkut di balkoni tingkat 10 PPR Padang Hiliran di sini pagi tadi. -Foto Bomba Kuala Terengganu
Anggota bomba bertugas sedang berusaha membawa 'Kumo' turun selepas tersangkut di balkoni tingkat 10 PPR Padang Hiliran di sini pagi tadi. -Foto Bomba Kuala Terengganu