Bomba Indonesia sesat ketika operasi padam kebakaran

Anggota bomba dikerah memadam kebakaran hutan di daerah Labanan di Berau, Kalimantan Timur.
Anggota bomba dikerah memadam kebakaran hutan di daerah Labanan di Berau, Kalimantan Timur.
A
A
A

SAMARINDA - [DIKEMASKINI] Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Indonesia di Kalimantan Timur mengesahkan beberapa anggota bomba yang dikerah memadam kebakaran hutan di wilayah itu tersesat ketika bertugas.

Malah ada di antara mereka pengsan akibat keletihan dan kehabisan stok makanan.

Ketua Jabatan Kawalan Perlindungan Hutan Kalimantan Timur, Shahar Al Haqq berkata, insiden itu berlaku di daerah Labanan di Berau.

"Pada mulanya ada dua pasukan dikerah memadam kebakaran di kawasan itu. Jarak antara mereka hanya 100 hingga 300 meter.

"Namun selepas operasi memadam api selesai, salah satu pasukan gagal kembali ke pos kawalan," katanya.

Menurut Sahar, pasukan berkenaan gagal dikesan selama empat jam.

"Ternyata mereka berpusing-pusing di tempat yang sama. Ini peristiwa aneh, pasti ada penunggu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Indonesia menamakan 249 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kebakaran hutan di republik itu.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap polis, Inspektor Jeneral Muhammad Iqbal berkata, enam syarikat juga dinamakan suspek dalam bencana itu.

“Bilangannya pasti akan meningkat kerana siasatan masih berterusan,” katanya. - Agensi