Remaja lelaki maut kereta dinaiki rempuh pokok

Keadaan kereta dinaiki kesemua mangsa selepas kejadian itu.
Keadaan kereta dinaiki kesemua mangsa selepas kejadian itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan merempuh pokok dalam satu kejadian di KM14 Jalan Johor Bahru - Air Hitam (arah Skudai), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu kereta dinaiki mangsa turut membawa empat lagi penumpang lain.

Menurutnya, penumpang yang cedera juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan yang berlaku ini membabitkan lima orang mangsa termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun.

“Salah seorang mangsa yang juga penumpang hadapan kenderaan jenis Proton Iswara, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki semua mangsa dari arah Johor Bahru menghala ke Skudai telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

“Sejurus itu kereta dinaiki kesemua mereka gagal berhenti dan kemudiannya merempuh sebatang pokok yang berada di kawasan berhampiran.

“Kes masih dalam siasatan dan polis juga telah membawa kenderaan berkenaan ke Puspakom Taman Daya untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.