Jerebu: Tidak adil salahkan industri kelapa sawit

Menteri Industri Utama, Teresa Kok menyampaikan ucapan perasmian Program Suai Kenal Minyak Sawit (POFP) ke-39 di sini hari ini. - Foto Bernama
Menteri Industri Utama, Teresa Kok menyampaikan ucapan perasmian Program Suai Kenal Minyak Sawit (POFP) ke-39 di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tidak adil untuk terus menyalahkan industri kelapa sawit setiap kali berlaku jerebu kerana banyak syarikat itu mematuhi piawaian pertanian yang mampan, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata, ini kerana syarikat-syarikat perladangan besar tidak akan mengamalkan pembakaran terbuka kerana mereka patuh kepada prinsip pertanian yang baik sama ada Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) atau Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

Adalah tidak adil untuk menuding jari terhadap industri kelapa sawit apabila jerebu berlaku kerana kebakaran hutan adalah disebabkan musim EL Dino.

Di banyak bahagian Borneo dan Indonesia dan sebahagian Malaysia, terdapat banyak tanaman atau pokok-pokok yang ditanam di tanah gambut yang mudah terbakar.

"Kadangkala ada pekebun kecil yang melakukannya (pembakaran terbuka) dan bukan pekebun kecil kelapa sawit atau mungkin di kampung lain yang terlibat," katanya selepas merasmikan Program Pembiasaan Minyak Sawit ke-39 (POFP) yang dihoskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.

Teresa berkata, beliau akan berkunjung ke Indonesia bulan depan untuk bertemu dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri kelapa sawit termasuk jerebu.

“Kami akan mengadakan mesyuarat bulan depan dan berharap pemilik syarikat perladangan termasuk dari Malaysia dapat turut serta dan berbincang mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan industri itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Teresa berkata, Malaysia mampu mengeksport minyak sawit ke lebih banyak negara dan mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini tetapi hasilnya menurun disebabkan oleh harga minyak sawit yang rendah.

Artikel Berkaitan:

"Kuantiti telah meningkat tetapi nilai tidak, sebenarnya kita berjaya mengeksport lebih banyak minyak sawit ke lebih banyak negara dan stok simpanan telah berkurang tetapi oleh kerana harga minyak sawit yang rendah hasilnya menurun," katanya.

Tahun lepas, produk kelapa sawit dan kelapa sawit menyumbang RM67.5 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih tiga juta orang di sepanjang rantaian bekalannya termasuk lebih daripada setengah juta pekebun kecil. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 4 syarikat Malaysia sedia jawab dakwaan punca jerebu