Jerebu: Kelantan catat IPU tidak sihat

Keadaan jerebu di Kelantan menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berubah kepada tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.
Keadaan jerebu di Kelantan menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berubah kepada tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan jerebu di Kelantan menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berubah kepada tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.

Berdasarkan aplikasi MyIPU, bacaan IPU di stesen Kota Bharu ialah 113 dan di Tanah Merah pula 117.

Berbanding pada jam 7 petang semalam, bacaan IPU di kedua-dua stesen tersebut masih berada di tahap sederhana iaitu masing-masing 85.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sihat, 51 hingga 100 ialah sederhana dan 101 hingga 200 pula tidak sihat manakala 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Artikel Berkaitan: