Kereta elektrik mirip 'Batmobile'

Kereta elektrik yang dinamakan Lowo Ireng Reborn. -Foto Detik News
Kereta elektrik yang dinamakan Lowo Ireng Reborn. -Foto Detik News
A
A
A

SURABAYA - Kereta elektrik ciptaan mahasiswa Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) yang mirip 'Batmobile' mendapat pujian Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa.

"Kali pertama saya lihat kereta ini, hanya satu terlintas di fikiran. Ia mirip Batmobile dipandu aktor Bruce Wayne dalam filem Batman," katanya yang sempat bergambar dengan kereta tersebut dalam satu majlis pelancaran di Surabaya.

Khofifah juga mengalukan kerjasama semua pihak untuk membangunkan kereta Lowo Ireng Reborn dan seterusnya pengeluaran besar-besaran.

"Salah satunya adalah dapat mengurangkan import bahan api fosil dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

"Kualiti udara akan menjadi lebih baik dan lebih mesra alam. Saya yakin ITS dapat membangunkannya dengan lebih baik," katanya.

Ketika dihasilkan pada 2014, Lowo Ireng Reborn masih menggunakan petrol namun pada tahun ini ia dijadikan kereta elektrik.

Lowo Ireng diambil dari bahasa Jawa yang bermaksud kelawar hitam dan memiliki kelajuan lebih dari 160 Kilometer sejam. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Khofifah (kiri) sempat bergambar dengan kereta tersebut dalam satu majlis pelancaran di Surabaya. -Foto Detik News
Khofifah (kiri) sempat bergambar dengan kereta tersebut dalam satu majlis pelancaran di Surabaya. -Foto Detik News