Peperiksaan PSRA di Selangor tetap dijalankan esok: JAIS

Pemandangan di sekitar Johan Setia yang terjejas akibat jerebu. -Foto Bernama
Pemandangan di sekitar Johan Setia yang terjejas akibat jerebu. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor yang bermula esok sehingga Jumaat ini akan tetap dilaksanakan walaupun berlaku jerebu di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, PSRA hanya akan ditangguhkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan 300.

"Sehubungan itu pelajar yang mengambil PSRA di Klang dan Kuala Langat perlu menduduki peperiksaan terbabit.

"Pelajar lain telah dimaklumkan tidak perlu hadir ke kelas kecuali calon yang terbabit dengan peperiksaan PSRA," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup esok.

Arahan penutupan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia melebihi 200 setakat jam 2 petang tadi.- Bernama

Artikel Berkaitan: