Seramnya...anak patung miliki roh?

Patung Deisy didakwa aneh apabila pemiliknya sering dihantui perkara menyeramkan.
Patung Deisy didakwa aneh apabila pemiliknya sering dihantui perkara menyeramkan.
A
A
A
PERU - BRAZIL. Seorang wanita mendakwa bahawa anak patung memiliki 'roh' hingga membuatkan teman lelakinya memutuskan hubungan mereka.

Memetik portal odditycentral, wanita bernama Berliz dari Callao, Paru, berkata, patung bernama Deisy itu menunjukkan tanda-tanda pelik seperti menggerakkan kepala, badan malah boleh menyerang kepada orang yang tidak disukainya termasuk teman lelakinya.

Patung itu telah dihadiahkan oleh ibunya sempena Hari Krismas ketika dia masih kecil.

Namun, setiap tahun, patung itu didakwa berkelakuan pelik dengan menarik dan memukul teman lelakinya hingga membuatkan perhubungan mereka berakhir.

Menurut Berliz, anak patungnya itu bergerak sendiri, mengetuk benda di sekeliling rumah dan dikatakan menjadi punca kepada beberapa fenomena yang tidak dapat dijelaskan.

Wanita itu berkata Deisy kelihatan sangat cemburu dan akan membuat perkara di luar jangkaan apabila orang lain cuba rapat dengannya.

Contohnya, dia teringat kejadian aneh ketika berumur 18 tahun di mana bapanya memeluknya, dan secara tiba-tiba lampu terpadam.

Dalam situasi lain, sepupu Berliz telah berbaring di tempat tidurnya, tetapi tidak lama kemudian berlari sambil menjerit memberitahu seseorang membaling barang kepadanya.

Berliz berkata setelah semua insiden aneh ini, dia mempertimbangkan untuk membuang Deisy, namun akhirnya memutuskan untuk tidak melakukannya kerana bimbang anak patung itu akan kembali dan menyerang dirinya.
Artikel Berkaitan:


Dia pernah cuba mengalihkan wajah anak patung itu menghadap dinding tetapi apabila dia bangun, Deisy tetap memalingkan wajah dan menatapnya.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian itu, dia menghubungi pakar berkaitan ilmu halus yang menasihatinya untuk mendapatkan seekor kucing hitam bagi meneutralkan tenaga negatif anak patung itu. - Oddity