JBPM siap sedia hadapi banjir besar

Amer (lima dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Latihan Amal Ops Mex Kijang Kali Ke-21 Tahun 2019 di Tok Tabi Supply Base di sini hari ini.
Amer (lima dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Latihan Amal Ops Mex Kijang Kali Ke-21 Tahun 2019 di Tok Tabi Supply Base di sini hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan banjir besar yang dijangka melanda selatan Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sejurus peralihan monsun bermula Selasa ini.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi, Datuk Amer Yusof berkata, kesiapsiagaan merangkumi segala aset jabatan termasuk dan fizikal mental anggota JBPM.

“Unit udara JBPM juga bersiap sedia untuk digerakkan sekiranya keadaan (banjir) menjadi luar biasa,” katanya.

Amer
Amer

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Latihan Amal Ops Mex Kijang Kali Ke-21 Tahun 2019 di Tok Tabi Supply Base di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Menurutnya, berpandukan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia itu, seramai 14,000 anggota bomba telah bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sejurus bencana berlaku.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagaimanapun beliau berharap fenomena banjir besar tidak berlaku sebagaimana yang diramalkan.

“Besar harapan saya agar latihan dan pengalaman yang ditimba oleh anggota bomba sepanjang berada di sini dapat digunakan ketika operasi nanti,” katanya.

Amer berkata, antara modul latihan yang dipraktikkan ialah ribut Tropika, kerosakan bangunan dan kebocoran paip gas yang mengakibatkan ramai mangsa.

Beliau berkata, bukan itu sahaja kebakaran kapal, runtuhan bangunan sekolah dan kemalangan jalan raya turut didedahkan kepada anggota.