Peniaga maut kereta terbabas jatuh gaung

Keadaan kereta mangsa remuk selepas terjatuh ke dalam gaung.
Keadaan kereta mangsa remuk selepas terjatuh ke dalam gaung.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang peniaga maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 1, Jalan Gua Musang - Kuala Krai pagi tadi.

Mangsa, Mohd Fadlisyam Ibrahim, 33, beralamat di Kampung Pasir Hor, Kota Bharu meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM).

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung sebelah kanan jalan.

Menurutnya, mangsa terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa cedera parah pada organ dalaman dan pada jam 3 petang dimaklumkan mangsa meninggal dunia.

"Rakan mangsa yang juga penumpang, Mohd Shafiq Mohd Soffe, 30, hanya mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kiri," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: