Farhash perlu rasional, pesan ADUN DAP

Cheok Keng, Farhash Wafa
Cheok Keng, Farhash Wafa
A
A
A

IPOH - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak perlu bersikap rasional dengan tidak mengaitkan isu pelantikan ahli majlis dalam kalangan ahli PKR dengan kedudukan Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng berkata, seharusnya parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) perlu menghormati dan memberi ruang antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyatakan sokongan terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam mengendalikan keahlian Paul Yong sebagai Exco negeri.

“Dalam perkara ini, kenyataannya pada media baru-baru ini adalah tidak relevan sedangkan kes telah dibicarakan di mahkamah. Tiada keperluan untuk beliau membuat kenyataan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua ahli dalam PH perlu menghormati akan keputusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam mengendalikan isu pelantikan itu kelak.

“Lagipun ia adalah hak prerogatif beliau sebagai Pengerusi PH Perak dan Menteri Besar,” katanya.

Farhash sebelum itu mendakwa Ahmad Faizal melewatkan pelantikan ahli majlis PBT meskipun PKR Perak telah mengemukakan nama-nama bagi pelantikan tersebut sejak dua bulan lalu.

Artikel Berkaitan: