Rakyat Malaysia lemas di Bali

Mangsa meninggal dunia selepas dipukul ombak besar beberapa kali.
Mangsa meninggal dunia selepas dipukul ombak besar beberapa kali.
A
A
A

BALI - Seorang rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, selepas dihanyutkan ombak besar ketika sedang bercuti di Diamond Beach, di pulau Nusa Penida, Bali.

Polis daerah Nusa Penida dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Shahfulnizam Jamaludin, 40.

Ketika kejadian, mangsa dan isterinya ke pantai berkenaan sebelum turun ke laut untuk berenang manakala isterinya menunggu di tepi pantai.

"Tidak lama selepas mangsa pergi berenang, dia dipukul ombak besar dan dihanyutkan ke tengah laut," menurut kenyataan itu.

Shahfulnizam dilaporkan berjaya bertahan selama sejam dan cuba berenang ke pantai, namun gagal akibat terus dihempas ombak beberapa kali.

Ketika penduduk tempatan tiba untuk menyelamatkannya menggunakan kanu, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan wajahnya bertukar biru.

Difahamkan, jenazah Shahfulnizam ditempatkan di Hospital Pratama Nusa Penida dan masih menunggu keputusan keluarga serta konsulat. - Agensi

Artikel Berkaitan: