X

Kindly register in order to view this article
!

Pantau premis jual topeng muka elak manipulasi harga

Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menjual topeng muka supaya tidak berlaku manipulasi harga.
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 83 premis yang menjual topeng muka di seluruh negeri ini dipantau bagi mengelak berlaku manipulasi atau penyelewengan harga.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata, pemeriksaan berkenaan bermula 12 September lalu

"Pemeriksaan membabitkan seramai 110 anggota penguat kuasa dan menumpukan kepada perniagaan runcit, borong dan farmasi di seluruh Terengganu.

"Sehingga hari ini sebanyak 83 premis diperiksa dan keseluruhannya pematuhan peniaga amat baik. Tiada tindakanyang diambil sejak pemeriksaan dijalankan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peniaga yang didapati menyeleweng harga akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

"Tindakan akan diambil di bawah akta berkenaan jika didapati ada peniaga mengambil kesempatan dengan menyorok atau menahan barangan tersebut daripada sampai ke pasaran dengan tujuan untuk memanipulasikan harga,," katanya.

Beliau memberitahu, harga maksimum borong dan runcit bagi topeng muka N95 ialah RM100 sekotak atau RM6 seunit manakala bagi topeng muka tiga lapisan (sangkut pada telinga dan ikat pada kepala) pula RM25 sekotak atau 80 sen seunit.

Selain itu katanya, bagi topeng muka dua lapisan (sangkut pada telinga) pula harga borong RM8 sekotak manakala harga runcit RM10 atau 20 sen seunit manakala harga topeng muka tiga lapis (ikat) RM30 sekotak atau 80 sen seunit.

Bagi topeng muka selapis (sangkut pada telinga) harga maksimum borong RM5 sekotak dan harga maksimum runcit RM7 sekotak," katanya.

Katanya, KPDNHEP Terengganu menjalankan sebanyak 36, 956 pemeriksaan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

"Sebanyak 477 kes dicatat dengan nilai rampasan berjumlah RM1,842,730.73 dan kompaun sebanyak RM77,800.00.

"Bagi hukuman denda mahkamah pula, sebanyak 32 kes telah disabit kesalahan dan dikenakan denda berjumlah RM275,300.00 bagi keseluruhan kes yang melibatkan semua akta di bawah kawal seliaan KPDNHEP," katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai memberi kerjasama bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Katanya, sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan melalui saluran Talian Bebas Tol 1-800-886-800, aduan melalui aplikasi whatsapp (019-279 4317) atau aduan secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.my.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menghantar pesanan ringkas (SMS) aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUAN atau aplikasi telefon pintar EZAdu KPDNHEP; Media Sosial Tweeter dan Facebook KPDNHEP atau hadir sendiri ke pejabat terdekat.