10 terkorban bom kereta sasar bangunan perisik

Anggota keselamatan dan orang awam memeriksa tapak serangan di Zabul. Foto: AFP
Anggota keselamatan dan orang awam memeriksa tapak serangan di Zabul. Foto: AFP
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 90 yang lain cedera selepas bom kereta yang menyasarkan bangunan perkhidmatan risikan meletup berhampiran hospital di bandar Qalat, Afghanistan pagi tadi.

Letupan di wilayah Zabul itu merupakan serangan terbaharu kumpulan militan Taliban dalam siri pengeboman di seluruh negara minggu ini susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menamatkan rundingan dengan pemberontak ke atas pengeluaran Washington dari Afghanistan.

"Pagi ini Direktorat Keselamatan Negara (NDS) di Qalat telah dijadikan sasaran bom kereta. Hospital yang terletak berhampiran turut musnah," kata Gabenor Zabul, Rahmatullah Yarmal.

Ketua Majlis Wilayah Zabul, Atta Jan Haqbayan bagaimanapun memberi angka kematian lebih tinggi mencecah 20 orang memandangkan pihak berkuasa masih berada di tapak kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. - AFP

Artikel Berkaitan: