Kapal selam meletup berhampiran Titanic, semua penumpang maut

(Gambar atas dari kiri) Hamish Harding dan Stockton Rush. (Gambar bawah dari kiri) Suleman Dawood, Shahzada dan Paul-Henry Nargeolet.
(Gambar atas dari kiri) Hamish Harding dan Stockton Rush. (Gambar bawah dari kiri) Suleman Dawood, Shahzada dan Paul-Henry Nargeolet.
A
A
A

OTTAWA - Kesemua lima penumpang yang menyertai ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic menggunakan kapal selam kecil yang hilang di dasar Laut Atlantik pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia.

Kapal selam Titan dipercayai meletup berdekatan Titanic, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Laporan menyebut, kesemua mangsa dipercayai mati serta-merta akibat impak letupan.

Pengumuman itu sekali gus mengakhiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan.

Kenderaan kawalan jauh (ROV) yang dibawa turun dari sebuah kapal ke dasar laut menemukan sejumlah serpihan bangkai Titan kira-kira 488 meter (m) dari bawah permukaan di kawasan terpencil di Atlantik utara.

Serpihan tersebut menunjukkan kapal selam tersebut meletup, sekali gus mengorbankan kesemua penumpangnya.

Sementara itu, Laksamana Muda John Mauger memberitahu wartawan di Boston bahawa analisis menunjukkan serpihan yang ditemukan di dasar laut, 1,600 kaki (500 m) dari Titanic, adalah konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.

"Bagi pihak Pengawal Pantai AS dan seluruh perintah bersatu, saya mengucapkan takziah kepada keluarga," kata Mauger.

Titan yang membawa lima penumpang termasuk jutawan Britain, Hamish Harding terputus hubungan dengan pengendali pada Ahad ketika berada kira-kira 435 batu (700 km) di selatan Newfoundland, Kanada.

Individu lain yang berada di atas kapal selam itu adalah Shahzada Dawood, anak lelakinya, Suleman dan ketua pegawai eksekutif serta pengasas OceanGate, Stockton Rush yang didakwa bersama penyelam terkenal Perancis, Paul-Henry Nargeolet.

OceanGate Expeditions mengenakan bayaran AS$250,000 (RM1.162 juta) untuk setiap orang bagi merasai pengalaman meneroka kawasan ‘persemadian’ Titanic. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'

Operasi mencari kapal selam hilang dipergiatkan

Kapal selam Titan hilang: 'Bunyi di bawah permukaan air' dikesan