Waran tangkap baharu terhadap Zakir Naik

Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik
A
A
A

MUMBAI - Mahkamah khas di India semalam mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan (NBW) yang baharu ke atas penceramah bebas warga India, Dr Zakir Naik.

Menerusi laporan lapor NDTV.com, ia berhubung dakwaan bagi kes pengubahan wang pada 2016.

Waran berkenaan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Akta Pencegahan Pengubahan Wang (PMLA), PP Rajvaidya berikutan rayuan difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang menyiasat kes tersebut.

Minggu lalu, melalui peguamnya, Dr Zakir mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah berkenaan.

Bagaimanapun rayuan beliau itu telah ditolak.

Pada Isnin, ED memfailkan rayuan baharu bagi mendapatkan NBW.

ED mendakwa telah mengenal pasti wang berjumlah INR193 (RM11.36juta) sebagai hasil pengubahan wang didakwa dilakukan pada 2016.

Dr Zakir, 53, merupakan seorang penceramah TV popular meninggalkan India pada 2016 dan berpindah ke negara ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga kini merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia.

Dr Zakir Naik.
Dr Zakir Naik.

Pada 2016, ED menyaman Dr Zakir berdasarkan laporan difailkan Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Tidak Sah (UAPA).

Pendakwah itu dikehendaki kerana dakwaan pengubahan wang dan hasutan ekstremisme melalui ucapan beliau.

Sebelum ini, satu NBW telah dikeluarkan ke atasnya berkait satu kes pengubahan wang.

Pada Julai tahun ini, mahkamah mengeluarkan satu saman terhadap Zakir Naik selepas mengambil kira aduan yang difailkan oleh ED terhadap peniaga barang kemas berpangkalan di Dubai, Abdul Kadir Najmudin Sathak atas dakwaan membantu pendakwah itu mengumpul dan menggelapkan dana.

Sebelum ini, agensi itu telah menyita hartanah milik Dr Zakir, termasuk Sekolah Islam Antarabangsa di Chennai, 10 flat, tiga gudang, dua bangunan dan tanah di Pune dan Mumbai, selain akaun bank. - Agensi