Indeks jenayah Machang turun 12 peratus

Dzulkifli
Dzulkifli
A
A
A

MACHANG - Indeks jenayah Daerah Machang pada tahun ini, mencatatkan penurunan 12 peratus iaitu 188 kes berbanding 213 kes pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, hasil tindakan dijalankan secara berterusan, pihaknya berjaya menurunkan indeks jenayah dalam pelbagai kes sepanjang tahun ini.

Katanya, kerjasama orang ramai dan pelbagai agensi kerajaan bagi sama-sama membendung aktiviti jenayah di daerah ini juga turut memainkan peranan bagi menurunkan indeks jenayah tersebut.

Tambahnya, penurunan sebanyak 25 kes tersebut menjadi perangsang dan kekuatan kepada seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk bekerja lebih gigih dan mengekalkan kecemerlangan itu.

"Kita akan mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan untuk memastikan kadar jenayah di daerah ini terutama membabitkan curi kenderaan dan pecah rumah dikekang.

"Daripada indeks tersebut, kes curi motosikal menunjukkan rekod yang tertinggi iaitu sebanyak 54 kes. Sekalipun menunjukkan penurunan dari 71 kes pada tahun lepas namun kami tidak akan berpuashati sebaliknya mempergiatkan penguatkuasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Artikel Berkaitan: