ATM Guardians rangka strategi

Antara aksi menarik dipamerkan regu ATM Guardians ketika menentang Sabah Mountaineers, malam kelmarin.
Antara aksi menarik dipamerkan regu ATM Guardians ketika menentang Sabah Mountaineers, malam kelmarin.
A
A
A

ATM Guardians bersedia berdepan cabaran sengit daripada Penang Black Panthers pada aksi minggu ketiga Liga Sepak Takraw (STL) 2019 di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Kuala Lumpur.

Ketua jurulatihnya Aswadi Abdullah berkata, biarpun ATM Guardians kini berada pada kedudukan teratas selain belum tewas dalam saingan Liga Premier STL 2019 setakat ini, namun pihaknya akan tetap berwaspada pada aksi berdepan Penang Black Panthers nanti.

Justeru menurut Aswadi, pihaknya akan merangka percaturan terbaik menjelang pertemuan berkenaan.

“Kalau ikutkan memang tugas berat kerana dari segi permainan kita sebenarnya tidak beraksi 100 peratus. Kalau tengok kebanyakannya boleh dikatakan sebagai tuah, rezeki permainan kerana kami tidak menang dengan mudah.

Kedudukan minggu kedua STL 2019.
Kedudukan minggu kedua STL 2019.

“Tekong kita Hairul Hazizi (Haidzir) pun hanya beraksi 70 peratus hingga 80 peratus sahaja, begitu juga Tengku Azwari (Ishak). Jadi, kita dari segi percaturan kita kenalah buat taktikal sikit. Kalau turunkan yang sama orang boleh baca.

“Apa pun, dari segi persiapan kita akan cuba,” katanya kepada Sukan Sinar.

Sementara itu, Aswadi berkata, biarpun tidak diperkuatkan dengan pemain import kali ini, tetapi ATM Guardians akan sentiasa memberikan aksi terbaik pada saingan STL 2019.

Artikel Berkaitan:

Malah pihaknya juga tidak bercadang untuk melakukan pertukaran pemain pada pusingan kedua nanti.

“Biarpun boleh buat pertukaran pemain pada pusingan kedua nanti, tapi kami hanya ada pemain sedia ada sahaja. Jadi kita akan teruskan dengan pemain itu sahaja.

“Yang penting, kami akan tetap mencabar,” katanya.