X

Kindly register in order to view this article
!

Sesi dialog redakan ketegangan di Hong Kong

Polis Hong Kong turut melepaskan meriam air kimia dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang melemparkan bom molotov di luar pejabat kerajaan Hong Kong. - Foto Reuters
A
A

HONG KONG - Ketua Eksekutif Hong Kong hari ini memaklumkan beliau akan terlibat secara langsung dengan pasukan pentadbirannya dalam sesi dialog dengan komuniti pada minggu depan dan turut mengulangi gesaan supaya menghentikan protes ganas di bandar raya itu yang berlarutan selama lebih tiga bulan.

Carrie Lam yang berdepan tekanan China supaya meredakan kemarahan awam berkata, sesi dialog tersebut akan diadakan secara terbuka dan orang ramai boleh mendaftar kehadiran mereka.

"Komuniti Hong Kong telah sekian lama membangkitkan pelbagai masalah di peringkat akar umbi seperti isu ekonomi, sosial malah politik. Saya harap bentuk dialog yang berbeza ini dapat menyediakan platform kepada kami untuk berbincang," jelasnya.

Semalam, polis memaklumkan kira-kira 89 ditangkap selepas penunjuk perasaan bertindak ganas menyerang anggota polis akhir minggu lalu.

Carrie Lam - Foto AFP
Carrie Lam - Foto AFP

Sehingga kini, pihak berkuasa telah memberkas hampir 1,500 individu sejak protes yang berpunca daripada bantahan rang undang-undang ekstradisi ke China bertukar menjadi ganas pada Jun lalu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa pemuda Hong Kong marah?


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!