Wanita tertelan cincin tunang ketika mimpi ngeri

Cincin tersebut ditemukan di dalam ususnya.
Cincin tersebut ditemukan di dalam ususnya.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang wanita di Amerika Syarikat terpaksa menjalani prosedur endoskopi selepas tertelan cincin pertunangannya ketika sedang tidur.

Jenna Evans, 29, dari San Diego, California berkata, dia mengalami mimpi ngeri hingga terpaksa menelan cincin tersebut kerana mahu melindunginya daripada 'orang jahat'.

Apabila wanita itu bangun daripada tidur, dia menyedari cincin tersebut telah tiada dan dia benar-benar sudah menelannya.

Evans kemudiannya bersama tunangnya, Bobby Howell ke hospital dan pemeriksaan sinar X mendapati cincin 2.4 karat itu berada di dalam perutnya.

Doktor menyarankan wanita itu melakukan prosedur untuk melakukan cincin itu dan turut memintanya menandatangani borang jika dia meninggal dunia ketika prosedur tersebut.

"Saya menangis semahunya kerana saya fikir akan mati. Saya tunggu masa yang sangat lama untuk cincin pertunangan itu dan saya akan mengahwini Howell," ujarnya.

Cincin itu ditemukan di dalam ususnya dan Howell mengembalikan semula cincin itu kepadanya.

"Saya sangat bersyukur. Semua orang boleh ketawa tentang perkara itu kerana ia sangat lucu," kata Jenna. - Agensi

Artikel Berkaitan: