X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli UMNO, Pas digesa buang rasa sangsi

Mat Nadzari
A
A

SHAH ALAM - Ahli UMNO dan Pas digesa membuang segala kesangsian bagi merealisasikan impian untuk melihat Melayu bersatu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, kepimpinan kedua-dua parti sudah mengenepikan ego dan melenturkan prinsip pegangan masing-masing.

Menurutnya, ia bagi merealisasikan impian untuk melihat Melayu bersatu dan bergerak progresif ke hadapan dengan cara baharu.

“Semua ahli UMNO dan Pas perlu bersatu dan membuang segala kesangsian untuk Malaysia lebih aman makmur sejahtera. Kepimpinan sudahpun Insya-ALLAH meletakkan ego masing-masing ke tepi.

“Kita akan membaiki labu yang dirobek-robek, bertebuk sana sini angkara cara kerajaan sekarang mentadbir dan mengurus mengikut api dendam yang tak padam,” tulisnya dalam status dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Beliau dalam pada itu menggesa rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak di bawah payung Muafakat Nasional bagi meletak semula negara di paksi asalnya.

“Kepada semua rakyat Malaysia...asal kita sama, ini negara kita...kita tiada pilihan, ini masa kita mari bersama sama kita mula langkah pertama membina negara sejahtera di bawah lembayung Muafakat Nasional,” tulisnya lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!