Hadi ajak Sabah, Sarawak pertahan kuasa politik daripada DAP

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak penduduk asal Sarawak dan Sabah supaya mempertahankan kedudukan kuasa politik orang Islam dan orang asal supaya terus menguasai kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata, ia bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan negeri berkenaan dan negara.

Menurutnya, Pas bimbang Sarawak dan Sabah dikuasai (ahli) DAP yang tinggal di bandar sahaja.

"Kalau penduduk Bumiputera, Melayu, Iban, Kadazan, Dusun dan orang asal Bumiputera berpecah, DAP boleh menguasai negeri dan kekayaan.

"Oleh sebab itu, orang Bumiputera, orang asal dan orang Melayu mesti bersatu. Bukan bermakna kita hendak menghalau orang Cina, tetapi biar mereka faham supaya memerintah dengan adil dan tidak membolot kekayaan sehingga melupakan orang-orang asal," katanya dalam perutusan Hari Malaysia yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Abdul Hadi turut meminta rakyat agar memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan kesatuan Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Artikel Berkaitan: