Agih kek ekonomi secara lebih adil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEJAK Mei lalu sempena sambutan ulang tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah beberapa kali menekankan mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama dengan tujuan mengurangkan jurang kemiskinan di Malaysia.

Kelmarin, menerusi satu mesyuarat khas Kabinet, Pengerusi PH itu sekali lagi menggariskan tiga fokus kerajaan untuk meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 pada landasan yang betul.Dr Mahathir melihat kepada keperluan untuk kerajaan merapatkan jurang kemiskinan antara negeri, bandar dengan luar bandar serta dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau melihat wawasan kemakmuran ini sangat penting untuk dilaksanakan bagi mengelakkan fenomena di beberapa negara jiran apabila berlakunya trend orang kaya makin kaya manakala orang miskin makin papa kedana.

Namun begitu, sejak Dr Mahathir mula memperkatakan mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030, bukan sedikit pihak terutamanya musuh-musuh politik mempersendakan agenda itu.

Ada melihat wawasan tersebut adalah kesinambungan Wawasan 2020 yang gagal dicapai lantas Dr Mahathir memanjangkan pula kepada wawasan baharu kepada 2030. Malah, ada yang mempertikaikan dalam tempoh sembilan tahun, mampukah Tun menunaikan misi itu?

Namun, mengenali Dr Mahathir yang sudah pun layak bergelar negarawan dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini, pandangan sinis di alam maya itu bukanlah menjadi kudis kepada beliau.

Apatah lagi, beliau menjadi pemimpin veteran yang menjadi saksi tragedi 13 Mei 1969 yang antara puncanya apabila kerajaan gagal mengagihkan kek ekonomi secara adil kepada semua kaum.

Kembali ke puncak kuasa sebagai Perdana Menteri ketujuh, Dr Mahathir melihat sekali lagi isu pengagihan kekayaan adalah antara perkara pokok yang perlu diperjuangkan kerajaan pimpinannya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir perlu memberi fokus kepada Kedah, Kelantan dan Perlis dalam usaha mencari sumber-sumber baharu menambahkan poket kerajaan negeri dan bukan lagi bergantung kepada balak.Memetik kata-kata Dr Mahathir, apabila ada eksekutif syarikat boleh mendapat gaji sehingga RM2 hingga RM3 juta setahun, sedangkan pekerja bawah tidak dapat, ia perbezaan yang jauh ketara.