X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat terapung di Sungai Golok

Mayat mangsa yang ditemui terapung di Sungai Golok di kawasan Tualang.
A
A

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Golok di kawasan Tualang, Pengkalan Kubor, Tumpat pagi tadi.

Mayat lengkap berseluar jean dan kemeja-T berwarna biru tersebut ditemui orang awam yang kemudian menghubungi bilik gerakan Pejabat Polis Marin Pengkalan Kubor pada jam 11.35 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, anggota yang bergegas ke lokasi menemui mayat terapung berhampiran tebing sungai dalam keadaan telangkup.

Katanya, identiti lelaki berkenaan belum dikenal pasti susulan tiada sebarang pengenalan diri ditemui di badan mayat.

“Mayat dalam keadaan sudah kembung dipercayai meninggal beberapa hari lalu dan setakat pemeriksaan awal tidak menemui unsur jenayah.

“Siasatan bagaimanapun masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!