MPFL 2019: Farhan tekad bantu Pahang Rangers rangkul juara

Farhan percaya pengalamannya mampu membantu Pahang Rangers mencipta impak pada saingan MPFL 2019 musim ini. Foto: FB Pahang Rangers
Farhan percaya pengalamannya mampu membantu Pahang Rangers mencipta impak pada saingan MPFL 2019 musim ini. Foto: FB Pahang Rangers
A
A
A

PEMAIN Pahang Rangers, Muhammad Farhan Khairul Anuar mengakui pengalaman berharga diraih di bumi Indonesia ketika mewakili KL City di Kejohanan Futsal MNC 2019 pada minggu lalu, memberikan lebih keyakinan kepadanya untuk menterjemahkan prestasi terbaik dalam baki saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2019.

KL City dipilih sebagai pengganti saat akhir kepada Iraq dan Farhan adalah antara tujuh pemain Pahang Rangers yang bermain di pertandingan empat penjuru itu yang disertai tiga pasukan kebangsaan – Uzbekistan, Taiwan dan Indonesia.

Selain Farhan, enam pemain Pahang Rangers lain bermain di kejohanan itu adalah Firdaus Ambiah, Iqbal Aikal, Mahadir Harahap Khairuddin, Iskandar Harun, Aizat Borhanudin dan Ahmad Hanafi Mohd Nasir.

Farhan percaya pengalamannya mampu membantu Pahang Rangers mencipta impak pada saingan MPFL 2019 musim ini. Foto: FB Pahang Rangers
Farhan percaya pengalamannya mampu membantu Pahang Rangers mencipta impak pada saingan MPFL 2019 musim ini. Foto: FB Pahang Rangers

Lebih menarik, Farhan turut mencuri tumpuan apabila menjaringkan satu gol cantik ketika menentang Indonesia yang sedang dalam persiapan untuk menghadapi Kejuaraan AFF 2019 di Vietnam pada bulan depan, meskipun KL City pada akhirnya tewas 4-13 pada perlawanan itu setelah tiga kali mendahului.

“Walaupun daripada segi keputusan ia tidak menyebelahi kami, tetapi setiap perlawanan menentang pasukan berstatus kebangsaan membantu meningkatkan prestasi setiap pemain menjadi lebih baik. Terima kasih kepada jurulatih (Taufik Yaiyah dan Jerry Dinesh) atas peluang ini.

“Kita banyak belajar dari perlawanan menentang Uzbekistan (ranking 29 dunia) dan menjaringkan gol menentang Timnas Indonesia yang dibarisi ramai pemain bintang adalah cukup manis, dan saya yakin pengalaman dan pendedahan diperoleh di sana akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu Pahang Rangers memenangi MPFL 2019,” kata Farhan.

Pahang Rangers yang ketika ini berada di tangga kedua MPFL dengan beza enam mata di belakang Selangor tetapi bermain kurang dua perlawanan, akan berdepan Melaka di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam hari ini dan kemudiannya menentang Pulau Pinang di gelanggang lawan pada 18 September, sebelum bermain dua aksi terakhir menentang Perak dan Pulau Pinang di gelanggang sendiri dengan membawa misi menang semua perlawanan.

Artikel Berkaitan: