X

Kindly register in order to view this article
!

Penyatuan politik Pas-UMNO wajar

407413
A
A

SHAH ALAM - Penyatuan politik antara parti UMNO dan Pas wajar dilihat daripada sudut positif dan dalam konteks sistem demokrasi yang semakin baik di negara ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi berharap penyatuan itu dapat mewujudkan blok pembangkang yang kuat dan efektif.

"Moga penyatuan ini dapat mewujudkan blok pembangkang yang kuat dan efektif dalam memastikan amalan semak dan imbang terus berjalan demi kepentingan rakyat terbanyak," tulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Facebooknya semalam.

Status itu menerima pelbagai reaksi positif netizen yang bersetuju dengan pendapat itu.

Pelayar Facebook, Badrol Basri berkata, air matanya menitis membaca status wakil rakyat berkenaan.

"Alhamdulillah, saya menitis air mata membaca tulisan pemimpin seperti tuan yang bijaksana. Itulah maksud demokrasi matang," tulisnya di ruangan komen.

Enchek Kal turut bersetuju dengan status berkenaan dan memberi cadangan pihak kerajaan sepatutnya mempunyai pemikiran seperti Najwan.

"Pemikiran blok kerajaan patut diselaraskan seperti YB (yang berhormat). Lihat dari sudut positif sahaja. Terbaik," tulisnya.

Seorang lagi pelayar Facebook, Sheikh Muhammad bersetuju dengan pendapat Najwan berhubung kerjasama UMNO-Pas.

"Setuju.. Itu yang rakyat mahu, tapi jika ahli politik berusaha menang dengan provokasi berlebihan dan menghasut rakyat kepada perpecahan patut dihindari. Biar sama-sama menunjuk sifat ingin kepada keutuhan negara tercinta ini secara damai," tulisnya di ruangan komen status Najwan.

Terdahulu, UMNO-Pas memeterai perjanjian kerjasama bersama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Majlis menandatangani piagam itu disempurnakan oleh kedua-dua Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi yang dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal.

Masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus