Maghribi selar kenyataan Netanyahu

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

RABAT - Maghribi mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis bahawa beliau akan mengilhakkan Tebing Barat jika dipilih semula, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi.

Menurut kenyataan itu, pengumuman Netanyahu adalah satu 'pencetusan yang berbahaya serta pencabulan baharu terhadap undang-undang dan resolusi komuniti antarabangsa'.

Ia juga menyebut sebarang pencabulan ke atas hak-hak Palestin tidak dapat diterima dan mengulangi sokongan berterusan Maghribi kepada rakyat Palestin.

Pada awal minggu ini, Netanyahu berjanji dalam satu perhimpunan jika memenangi pilihan raya yang bakal berlangsung pada 17 Septemberi, beliau akan mengilhakkan beberapa bahagian yang diduduki di Tebing Barat, termasuk kawasan utara Laut Mati dan Lembah Jordan.

Pengumuman itu telah mencetuskan pelbagai kritikan yang meluas dalam kalangan negara Arab dan Islam serta negara-negara lain. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Netanyahu ulang janji rampas Tebing Barat

Artikel Berkaitan: