Persengketaan UMNO-Pas sebelum ini satu tindakan sia-sia

Ahmad (dua dari kanan) ketika hadir program Final Countdown Himpunan Perpaduan Ummah di Sunway Batu Caves, malam tadi.
A
A

GOMBAK - Persengketaan bertahun lamanya antara Pas dan UMNO adalah satu tindakan yang bodoh, kata Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada perpecahan dan selamat datang kepada perdamaian.

Dalam masa sama, beliau menyeru ahli Pas dan UMNO terus mengekalkan perpaduan dan bekerjasama menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kita akan menang banyak tempat jika perpaduan ummah diteruskan malah Gombak juga kita boleh tawan jika usaha ini diteruskan.

"PH tidaklah sekuat mana, mereka menang 121 daripada 222 kerusi parlimen, sekiranya gabungan Pas-UMNO berlaku dengan tambahan 30 kerusi kita mampu menjadi perintah," katanya pada program Final Countdown Himpunan Perpaduan Ummah di Sunway Batu Caves, malam tadi .

Dianggarkan lebih 1,000 orang hadir pada ceramah itu yang turut dihadiri pimpinan termasuk Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, kesedaran daftar pemilih dalam kalangan bumiputera perlu dipertingkatkan bagi memastikan misi menang PRU15 direalisasikan.

"Masih terdapat empat juta bumiputera belum daftar undi. Mengikut daftar pemilih sepatutnya kita menguasai 70 peratus daripada kaum lain, namun hanya 60 peratus sahaja yang mendaftar undi.

"Sedangkan kaum lain mempunyai kesedaran yang tinggi sebagai daftar pemilih, angkanya melebihi dari jumlah sepatutnya.

"Nak laksana pendaftaran automatik lambat lagi tapi kita akan desak supaya pendaftaran automatik akan disegerakan, harapan kita mereka akan bersetuju namun sebelum itu kita daftar seberapa ramai yang boleh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bulan’ berkibar megah bersama ‘Sang Saka Bangsa’ di PWTC

Ahmad mengaminkan bacaan doa pada acara pembukaan.
Ahmad mengaminkan bacaan doa pada acara pembukaan.