8 hari di ICU, wanita terbabit nahas Latar meninggal dunia

Keadaan kereta dan lori yang terbabit kemalangan dan terbakar lewat malam 3 September lalu. - Foto bomba
Keadaan kereta dan lori yang terbabit kemalangan dan terbakar lewat malam 3 September lalu. - Foto bomba
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang wanita yang cedera parah selepas suami dan seorang anaknya rentung dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), 3 September lalu meninggal dunia di di Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, Ku Nurul Amirah Ku Fazli, 33, disahkan meninggal dunia jam 9.45 pagi semalam.

Menurutnya, wanita terbabit sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak lapan hari lalu.

"Mangsa yang parah pada kepala disahkan meninggal dunia di ICU," katanya.

Sinar Harian 3 September lalu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan bapanya rentung selepas kenderaan dinaiki mereka bersama dua lagi ahli keluarga merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 9.2 Lebuhraya Latar arah Kuala Lumpur.

Mangsa yang rentung dalam kejadian jam 11.50 malam itu ialah pemandu kereta Proton Persona iaitu Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37, dan anaknya, Ahmad Ariffin, 2.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, semasa kejadian, pemandu bersama isteri dan dua anak mereka dari Kedah dalam perjalanan pulang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Kemerdekaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak rentung kemalangan

Artikel Berkaitan:

  1. 'Tak sangka anak, cucu rentung kemalangan'