Utamakan kempen beli barangan buatan Malaysia

Rina - Foto ZAHID IZZANI
Rina - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia digesa mengutamakan kempen membeli barangan buatan Malaysia daripada memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, menyokong produk buatan Malaysia akan lebih meningkatkan ekonomi negara.

"Kita (kerajaan) ambil ketetapan bahawa apa yang kita utamakan adalah barangan buatan negara.

"Selain itu, kita mempunyai masyarakat berbilang kaum dan kemerdekaan negara selama 62 tahun ini berjaya dicapai kerana perpaduan negara yang dijaga selama ini," katanya mengulas pertanyaan sama ada kempen boikot itu akan menjejaskan pengusaha produk bukan Muslim negara.

Justeru katanya, kempen sepatutnya adalah kempen beli barangan buatan Malaysia.

Terdahulu, beliau melancarkan majlis Pra-Pelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2019 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini hari ini.

Pada 4 September lalu, jemaah menteri melalui satu kenyataan akhbar bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Ketetapan itu dicapai pada mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu menyebut, jemaah menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan boikot produk bukan Islam, utama barangan Malaysia: Guan Eng

Boikot produk tindakan cetek: Tun M