Ratusan budak meninggal dunia di kem pelarian Syria

Tahanan Syria dikumpulkan di dalam khemah pelarian Syria al-Hol. - Foto AFP
Tahanan Syria dikumpulkan di dalam khemah pelarian Syria al-Hol. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Sekurang-kurangnya 390 kanak-kanak terbunuh tahun ini susulan keadaan teruk di kem pelarian Syria al-Hol, yang menempatkan 11,000 anggota keluarga ahli kumpulan militan Daesh.

Menurut penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), operasi ketenteraan diketuai gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Pasukan Demokratik Syria (SDF) dalam menentang ekstremis di utara Syria telah menyebabkan puluhan ribu orang awam termasuk mereka yang mempunyai kaitan dengan Daesh dihantar ke kem tersebut.

"Keadaan hidup di sana sangat menyedihkan. Wanita dan kanak-kanak berisiko tinggi menjadi radikal kerana tiada program pemulihan," menurut laporan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Siasatan juga mendapati, kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan luka tidak dirawat.

Kira-kira 70,000 penduduk juga mengalami masalah banjir, penyakit berjangkit dan kekurangan makanan.

Di luar al-Hol, ribuan kanak-kanak berusia lebih 12 tahun menjadi tahanan SDF bersama orang dewasa yang disyaki terlibat dengan Daesh. - DPA

Artikel Berkaitan: