Casing edisi khas Athisha paling nipis di dunia

A
A
A

INGINKAN casing perlindungan yang trending? Koleksi yang diilhamkan Casesbywf’s Philosophy (Casesbywf) ada jawapannya apabila menghasilkan inovasi casing lebih dinamik dengan rekaan paling nipis di dunia selain lebih 300 gaya pilihan tersendiri.

Dengan harga RM99 sahaja, koleksi Klearlux terbaharu, edisi terhad Athisha Khan X Casesbywf menjadi rebutan ramai sekali gus menjadi casing paling laris selepas dilancarkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan media Casesbywf, pihaknya mengeluarkan casing dengan kualiti ketulenan dua kali ganda bahan shockproof yang inovatif dan mampu memberi perlindungan optimum.