Kes pukul pemandu bas: Gerai diarah henti operasi

Paparan video yang tular berhubung kejadian itu.
Paparan video yang tular berhubung kejadian itu.
A
A
A

KUANTAN - Anih Berhad mengambil tindakan menggantung sementara operasi sebuah gerai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang yang dikaitkan dalam insiden pergaduhan di kawasan itu Selasa lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat konsesi Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) itu memaklumkan, penggantungan sementara operasi gerai terbabit bagi menunggu siasatan polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Pihak syarikat akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pihak sekiranya terbukti bersalah.

Sebelum ini, tular video berdurasi seminit 48 saat mengenai seorang pemandu bas ekspres dipukul sekumpulan lelaki di R&R Gambang, arah timur.

Difahamkan kejadian berpunca akibat salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki terbabit.

Malah pemandu bas itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Kuala Terengganu dan pihak polis kini sedang melakukan siasatan.

Artikel Berkaitan: