Korban Taufan Dorian di Bahamas meningkat 45

Seorang budak lelaki berjalan di timbunan barangan yang berselerakan akibat Taufan Dorian yang membadai Marsh Harbour, Bahamas. - Foto AFP
Seorang budak lelaki berjalan di timbunan barangan yang berselerakan akibat Taufan Dorian yang membadai Marsh Harbour, Bahamas. - Foto AFP
A
A
A

NASSAU - Pihak berkuasa di Bahamas memaklumkan angka kematian akibat Taufan Dorian meningkat kepada 45 orang.

Seminggu selepas Dorian memusnahkan kediaman dan bangunan, operasi bantuan besar dikerah bagi menghantar bekalan kepada penduduk yang memerlukan

makanan, air bersih dan perlindungan.

Pasukan Polis Diraja Bahamas berkata, pihaknya menemukan 37 mayat di Pulau Abaco dan lapan lagi di Pulau Grand Bahama.

"Kami menjangka akan menemukan lebih banyak mayat.

"Masih ramai mangsa dianggap hilang dan kami menyeru orang ramai untuk memfailkan laporan orang hilang," kata polis dalam satu kenyataan.

Selepas bergerak menuju pantai timur Amerika Syarikat, Taufan Dorian menyebabkan kerosakan teruk di timur Kanada sebelum bergerak ke Laut Labrador. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kematian akibat Taufan Dorian meningkat

Artikel Berkaitan: