AJK Amanah Rasah menang tanpa bertanding

Pemilihan barisan ahli jawatankuasa Amanah Rasah kali ini dibuat tanpa pertandingan.
Pemilihan barisan ahli jawatankuasa Amanah Rasah kali ini dibuat tanpa pertandingan.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 14 calon ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Rasah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Mereka turut sebulat suara mengekalkan Ketua, Ir Mustafa Ab Kadir dan Timbalan Ketuanya, Zulkifli Mohd Yusof.

Setiausaha Amanah Negeri Sembilan, Mohd Zainuddin Mohammad berkata, Rasah merupakan kawasan ketiga yang tidak berlaku pemilihan selain Jempol dan Port Dickson.

"Bagi saya, ini satu budaya yang sihat dan mencerminkan keharmonian yang ada. Sebaiknya kita kekalkan barisan kepimpinan lama yang membantu mencapai kemenangan pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15)

"Mengekalkan yang lama sebenarnya lebih menguatkan parti sebagai persediaan menghadapi. Kita sebenarnya lebih setuju pemilihan dibuat berpandukan merit, bukannya mengikut 'chai'," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, ia bukan bermakna sistem demokrasi diketepikan, sebaliknya lebih kepada membentuk kesepakatan antara ahli.

Beliau juga mengingatkan setiap kawasan dan cawangan supaya mengadakan pemilihan dengan disertai Jawatankuasa Pemilih Parti bagi mengelakkan ia tidak sah dan terbatal.

Sementara itu pada Konvensyen Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Sembilan kelmarin menyaksikan Norwani Ahmad kekal sebagai Ketua Wanita.

Artikel Berkaitan: