Makan ayam tingkatkan risiko kanser tertentu

Sehingga kini, ayam dianggap alternatif sihat berbanding daging merah. - Gambar hiasan
A
A

MENURUT kajian penyelidik Universiti Oxford di England memakan ayam boleh menyebabkan peningkatan risiko sejenis kanser darah yang jarang berlaku, 'non-Hodgkin's lymphoma' serta kanser prostat dalam kalangan lelaki.

Kajian dilakukan terhadap 475,000 warga Britain pertengahan umur dalam tempoh lapan tahun antara tahun 2006 hingga 2014.

Sepanjang tempoh berkenaan, para penyelidik menganalisis pemakanan serta penyakit yang dihidapi peserta.

Dilaporkan kira-kira 23,000 orang mendapat kanser.

"Pengambilan ayam dikaitkan dengan risiko mendapat melanoma maligna, kanser prostat dan 'non-Hodgkin's lymphoma'," menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health.

Kajian yang dilakukan merupakan 'association study', ini bermakna kajian hanya menunjukkan hubung kait antara memakan ayam dan jenis kanser tertentu berbanding menyiasat punca ia terjadi.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kaitan tersebut antaranya ayam itu sendiri mengandungi karsinogen atau bagaimana ia dimasak.

Sehingga kini, ayam dianggap alternatif sihat berbanding daging merah yang diketahui meningkatkan risiko kesihatan termasuk kanser payudara, prostat dan kolorektal beikutan bagaimana darah dari produk daging itu dicerna. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia