X

Kindly register in order to view this article
!

Lumba 'suka-suka' bawa padah

Antara yang ditahan dalam operasi di di hadapan stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, di sini awal pagi semalam.
A
A

KLANG - Kegiatan malam sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba secara 'suka-suka' mengundang padah apabila dicekup dalam operasi di hadapan stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, operasi bermula jam 2 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun.

"Sitaan turut dibuat ke atas enam buah motosikal jenis Yamaha 125Z dan sebuah Yamaha LC135.

"Kesemua tangkapan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dan pengecaman yang dibuat mendapati kumpulan penunggang terbabit melakukan aksi menunggang secara berbahaya.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka tidak kenal antara satu sama lain dan hanya berlumba secara suka-suka atau lebih dikenali sebagai 'game longgok'.

"Tiada pertaruhan dikesan dalam kegiatan itu. Kesemua tangkapan direkod keterangan bagi bantu siasatan polis mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengingatkan mana-mana individu untuk tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram bagi mengelakkan tindakan tegas undang-undang selain ia mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!