Maritim selamatkan bot nelayan hampir karam

Bot nelayan bersama enam kru berjaya diselamatkan pihak maritim.
Bot nelayan bersama enam kru berjaya diselamatkan pihak maritim.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menyelamatkan sebuah bot nelayan tempatan yang dinaiki enam kru yang mengalami kerosakan enjin di kedudukan lebih kurang 4.8 BN timur Tanjung Sedili Kecil, Kota Tinggi, kira-kira jam 1 petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, pihaknya menerima aduan kira-kira jam 12.15 tengah hari daripada wakil Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili yang menyatakan sebuah bot nelayan tempatan mengalami kebocoran dan hampir karam di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti di perairan Sedili Kecil.

No Image Caption

Menurutnya, bertindak di atas aduan tersebut sebuah bot ronda maritim segera digerakkan.

''Pada awalnya bot maritim sukar untuk mengesan bot tersebut berikutan tiada maklumat mengenai kedudukan lokasi bot terbabit.

"Namun, tidak lama selepas itu bot berkenaan iaitu bot kelas A KTF 5972 berjaya dikesan dengan bantuan bot-bot nelayan yang berada berhampiran kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zulfadli berkata, bot tersebut membawa enam awak-awak termasuk tekong berumur lingkungan 22 hingga 68 tahun.

''Bot itu hanya mengalami kerosakan enjin dan ianya bernasib baik kerana tidak mengalami kebocoran atau hampir karam seperti yang dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

"Bot kemudiannya diiringi ke jeti ZMTS untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihatkan kepada para nelayan supaya memeriksa bot keadaan bot mereka sebelum keluar ke laut.

"Jika berlaku kecemasan, segera hubungi talian 999 atau hotline Maritim Malaysia untuk salurkan maklumat-maklumat penting supaya gerakan mencari dan menyelamatkan mereka dapat dilancarkan,'' katanya.